Reload terus ke nombor, untuk semua telco utama.
Pilih telco, masukkan nombor dan nilai. Kredit masuk ke telefon penerima dalam beberapa saat, sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.
Prepaid & bil · 24 jam
RakanPay ialah kaunter topup dan bayaran bil dalam telefon anda. Pilih telco atau bil, masukkan nombor, bayar. Kredit masuk dalam beberapa saat, siang atau malam.
Selamat petang,
Aina
Hotlink RM30012-•••• 6789Berjaya
U Mobile RM10018-•••• 7702BerjayaApa yang ada
Tiada lagi beratur di kaunter atau buka lima aplikasi berbeza. Topup, PIN, pas internet dan bil bulanan, semuanya dalam satu akaun.
Pilih telco, masukkan nombor dan nilai. Kredit masuk ke telefon penerima dalam beberapa saat, sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.
Kod PIN dipaparkan sebaik bayaran berjaya. Salin, simpan atau beri kepada sesiapa.
Pas internet prepaid daripada telco pilihan anda, tanpa perlu ke kedai.
Elektrik, air, internet, TV dan bil telefon pascabayar. Masukkan nombor akaun, semak jumlah, bayar.
Lebih daripada topup
Satu akaun untuk hampir semua bayaran digital harian, bukan topup dan bil sahaja.
Mobile Legends, Free Fire, PUBG Mobile, Genshin Impact dan banyak lagi. Pilih game, pilih nilai, bayar.
Hantar kredit prepaid ke nombor di 9 negara, terus dari Malaysia.
Pelan data untuk bercuti di luar negara, tanpa perlu tukar kad SIM.
Bayar insurans kereta dan motosikal dalam talian, tanpa ke kaunter.
Bayar balik pinjaman PTPTN dan MARA, simpanan SSPN, serta ansuran Singer.
Tambah nilai e-dompet dan beli baucar digital untuk makanan dan game.
Cara guna





Harga terkini dipaparkan untuk setiap nilai.
Penerima terkini
HotlinkTopup berjaya
Hotlink · 012-345 6789
RM30.00
Topup prepaid, PIN, pas internet atau bil. Semua telco dan biller tersusun dalam satu katalog, dengan harga yang jelas sebelum anda bayar.
Nombor telefon untuk topup, atau nombor akaun untuk bil. Pilih nilai, semak sekali lagi, dan teruskan.
Bayar terus melalui perbankan dalam talian, atau guna baki akaun anda. Kredit masuk dalam beberapa saat dan resit tersimpan dalam akaun anda.
Bayar bil
Masukkan nombor akaun seperti dalam bil anda, semak jumlah, dan bayar. Resit tersimpan dalam akaun RakanPay sebagai bukti bayaran.
TNB, SESB, SESCO, NUR Power
Air Selangor, Johor, Melaka, Perak, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Kuching, Sibu
Unifi, TM, TIME, Astro
Maxis, CelcomDigi, U Mobile, Unifi Mobile, XOX, redONE, Yes
Indah Water
Cukai taksiran bagi majlis terpilih
Senarai biller boleh berubah. Rujuk katalog untuk senarai terkini.
Kenapa RakanPay
Topup dan bil ialah perkara kecil yang berlaku setiap minggu. Kami pastikan ia cepat, jelas, dan ada orang untuk membantu bila ada masalah.
Sistem automatik berjalan siang dan malam, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Kehabisan kredit pukul 2 pagi pun boleh topup.
Kebanyakan topup diproses serta-merta. Status dikemas kini terus dalam akaun, jadi anda tahu bila kredit sudah masuk.
Bayar terus melalui perbankan dalam talian, atau tambah baki sekali dan guna untuk banyak pembelian. Bayaran diproses oleh gerbang pembayaran berlesen; kami tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank anda.
Jika topup atau bayaran bil gagal, bayaran anda dipulangkan sepenuhnya mengikut Dasar Bayaran Balik kami.
Setiap pembelian ada rekod dan resit dalam akaun. Senang semak semula, senang tunjuk bila perlu.
Ada masalah dengan transaksi? Mesej pasukan kami terus. Tiada bot yang berpusing-pusing.
Untuk siapa
Topup telefon anda, anak di asrama atau mak ayah di kampung. Bayar bil rumah dari satu tempat, bila-bila masa.
Kedai runcit, kedai telefon atau gerai? Tawarkan topup dan bayaran bil kepada pelanggan menggunakan akaun RakanPay anda.
Untuk kedai
Pelanggan sudah pun bertanya: "Ada topup?", "Boleh bayar bil api?" Dengan RakanPay, jawapannya ya. Semuanya dari telefon yang anda sudah ada.
Hanya perlu nombor telefon. Kod TAC sampai melalui WhatsApp, dan akaun terus boleh digunakan.
Bayaran sekali sahaja, tiada yuran bulanan. Harga topup, PIN dan pas internet anda jadi lebih rendah daripada nilai muka.
Tambah baki sekali, kemudian jual kepada pelanggan pada nilai muka tanpa perlu bayar setiap kali. Beza harga itu untung kedai anda.
Pelan
Semua bermula dengan akaun percuma. Pelan berbayar memberi diskaun pada setiap pembelian, dengan yuran sekali sahaja.
0%
harga nilai muka
Untuk yang sekali-sekala topup, bayar bil atau beli kredit game.
Tiada yuran
Daftar percuma1.2%
diskaun purata
Untuk yang kerap topup dan bayar bil bagi diri sendiri dan keluarga.
Yuran sekali, tiada yuran bulanan
Daftar & pilih Personal2.4%
diskaun purata
Untuk kedai dan peniaga yang menjual kepada pelanggan.
Yuran sekali, tiada yuran bulanan
Daftar & pilih MerchantDiskaun ialah purata. Kadar sebenar berbeza ikut produk dan boleh berubah.
Program affiliate
Semua pengguna boleh menjadi affiliate, termasuk akaun percuma. Bila kawan atau pelanggan yang anda rujuk melanggan pelan berbayar, anda terima komisen daripada yuran pelan itu.
Rujukan anda tersedia dalam aplikasi sebaik akaun didaftarkan.
Kawan, keluarga, pelanggan kedai, atau pengikut media sosial anda.
Komisen dikreditkan bila rujukan anda melanggan pelan berbayar, dan boleh dikeluarkan ke akaun bank atas nama anda.
Komisen anda
50%
daripada yuran setiap pelan berbayar yang dilanggan melalui rujukan anda
Kadar semasa dan syarat pengeluaran dipaparkan dalam aplikasi.
Daftar & mula rujukPasang di telefon
Pasang RakanPay ke skrin utama telefon dalam beberapa saat. Buka dengan satu sentuhan, tanpa perlu cari di kedai aplikasi.
Soalan lazim
Tak jumpa jawapan? Tanya kami terus. Mesej anda dihantar melalui WhatsApp.
RakanPay ialah perkhidmatan dalam talian untuk topup prepaid, membeli PIN prepaid, melanggan pas internet, membeli kredit game dan membayar bil. Semuanya melalui app.rakanpay.com, terus dari pelayar telefon atau komputer, dan boleh dipasang ke skrin utama telefon seperti aplikasi biasa.
Percuma. Pendaftaran akaun tidak dikenakan sebarang bayaran, dan anda hanya bayar untuk produk yang anda beli. Jika anda mahu menjual kepada pelanggan dengan untung, naik taraf ke Pelan Merchant dengan bayaran sekali sahaja.
Pelan Percuma tiada diskaun, untuk yang sekali-sekala topup, bayar bil atau beli kredit game. Pelan Personal memberi diskaun purata 1.2%, untuk yang kerap topup dan bayar bil bagi diri sendiri dan keluarga. Pelan Merchant memberi diskaun purata 2.4%, untuk kedai dan peniaga yang menjual kepada pelanggan. Kadar sebenar berbeza ikut produk dan boleh berubah.
Daftar di app.rakanpay.com dengan nombor telefon anda. Kod TAC dihantar melalui WhatsApp untuk mengesahkan nombor, jadi pastikan nombor itu ada WhatsApp. Selepas itu pilih produk dalam katalog, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bil, dan bayar.
Tidak. RakanPay berjalan dalam pelayar telefon atau komputer yang anda sudah ada, sama ada Android, iPhone atau PC. Buka app.rakanpay.com dan log masuk, atau pasang ke skrin utama untuk akses lebih pantas.
Ada versi yang boleh dipasang terus dari pelayar. Di Android, buka app.rakanpay.com dalam Chrome, tekan menu ⋮ dan pilih “Pasang apl” atau “Tambah ke skrin utama”. Di iPhone, buka dalam Safari, tekan butang Kongsi dan pilih “Tambah ke Skrin Utama”. Ikon RakanPay akan muncul di skrin utama seperti aplikasi lain. Aplikasi di Google Play dan App Store akan datang.
Boleh. Pelan Percuma membeli pada nilai muka, jadi tiada untung jualan. Dengan Pelan Merchant (bayaran sekali), harga anda lebih rendah daripada nilai muka, dan beza harga itu untung kedai anda. Setiap transaksi ada resit yang boleh ditunjukkan kepada pelanggan.
Kebanyakan topup masuk dalam beberapa saat. Sekali-sekala sistem telco mengambil masa lebih lama. Jika status masih 'Dalam proses', tunggu sebentar; transaksi akan berakhir sama ada berjaya atau dipulangkan.
Ada dua cara. Bayar terus setiap kali membeli melalui gerbang pembayaran berlesen, termasuk perbankan dalam talian (FPX). Atau tambah baki akaun RakanPay dahulu, dan setiap pembelian ditolak daripada baki; lebih pantas jika anda kerap membeli atau menjual kepada pelanggan. Butiran kad dan perbankan anda dikendalikan oleh gerbang pembayaran, bukan disimpan oleh kami.
Tidak. Baki akaun digunakan untuk pembelian dalam RakanPay dan tidak mempunyai tarikh luput. Yang boleh dikeluarkan ke akaun bank ialah komisen affiliate, ke akaun bank atas nama anda, tertakluk kepada syarat pengeluaran dalam aplikasi.
Semua pengguna RakanPay boleh menjadi affiliate. Kongsi rujukan anda dari aplikasi; apabila pengguna yang anda rujuk melanggan pelan berbayar, anda menerima 50% daripada yuran pelan tersebut sebagai komisen. Komisen boleh dikeluarkan ke akaun bank atas nama anda, tertakluk kepada syarat pengeluaran dalam aplikasi.
Topup yang telah berjaya dihantar ke nombor yang anda masukkan tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik oleh telco. Sebab itu skrin pengesahan memaparkan nombor sekali lagi sebelum anda bayar. Sila semak dengan teliti.
Jika topup atau bayaran bil gagal, bayaran anda dikembalikan sepenuhnya. Butiran tempoh dan cara pemulangan ada dalam Dasar Bayaran Balik.
Bayaran dihantar kepada biller serta-merta, tetapi sesetengah biller mengambil masa sehingga 3 hari bekerja untuk mengemas kini penyata mereka. Simpan resit RakanPay anda sebagai bukti bayaran, dan bayar sebelum tarikh akhir.
Topup dan PIN untuk rangkaian prepaid utama Malaysia (CelcomDigi, Hotlink, U Mobile, Tune Talk, XOX, Eastel, BeOne dan lain-lain), pas internet, serta bil elektrik, air, internet, TV dan telco pascabayar. Juga kredit game, topup antarabangsa ke 9 negara, eSIM pelancongan, insurans kenderaan, bayaran PTPTN dan MARA, serta PIN e-dompet. Senarai terkini dan harga ada dalam katalog.
RakanPay dikendalikan oleh Sitehandy Solutions (201603060232 (NS0159990-H)), syarikat perisian yang berpangkalan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan beroperasi sejak 2007.